Friday, April 1, 2011

Setting Asas Yang Perlu Diketahui Oleh Blogger

Bagi sesebuah blog, setting merupakan antara perkara penting untuk menentukan bagaimana paparan, dan perlakuan-perlakuan lain yang berkaitan dengan blog.

Antara perkara yang berkaitan dengan setting bagi sesebuah blog adalah tajuk blog, berapa bilangan entri, siapa yang boleh komen, dan lain² yang akan diterangkan di bawah.

Paparan untuk setting bagi sesebuah blog adalah seperti berikut.
Setting Asas Yang Perlu Diketahui Oleh Blogger


Untuk entri ini, setting merangkumi basic, formatting dan publishing. Ini kerana 3 perkara ini boleh dianggap bahagian setting yang paling utama bagi sesebuah blog. Beberapa setting asas yang perlu diketahui oleh seorang blogger adalah seperti berikut.

BASIC:

Title : Title akan ditunjukkan pada bahagian atas browser apabila sesebuah blog dibuka.Setting Asas Yang Perlu Diketahui Oleh Blogger

Description : Berkaitan dengan apa kandungan sesebuah blog. Boleh dimasukkan sehingga 500 huruf. Contoh tutorial blog, tutorial blog dalam bahasa melayu, tutorial untuk semua dan lain² yang berkaitan. Kalau blog peribadi hampir boleh diabaikan ataupun letak sahaja seperti perjalanan hidupku, inilah kisah aku dan lain².


FORMATTING
Setting Asas Yang Perlu Diketahui Oleh Blogger

Show : bilangan entri untuk paparan muka depan. jangan terlalu banyak. Biasanya antara 5 hingga 10 untuk mempercepatkan loading keseluruhan blog.

Date header format : Kurang penting, boleh pilih mana yang dirasakan sesuai.

Archive index date format : Format yang akan ditunjukkan untuk apa yang ditaip dalam sesebuah blog dalam jangka sebulan

Timestamp format : Kurang penting, boleh pilih mana yang dirasakan sesuai.

Time zone : Penting untuk pastikan kedudukan untuk masa adalah betul. Jika yang berada dalam negara Malaysia, sila pilih (GMT +8.00) Kuala Lumpur. Jika berada ditempat lain boleh pilih yang yang sepatutnya.

Language : English (Boleh juga pilih malay, tetapi dicadangkan english untuk memudahkan memandangkan kebanyakan sudah biasa dengan perkataan² english dalam dunia blogging)



Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment